Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Tuesday 3 March 2015

Ucapan Tahniah YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah di atas keputusan SPM dan STPM yang baik untuk sekolah-sekolah di Negeri Sembilan yang diumumkan semalam dan hari ini . Gred purata negeri 4.85 untuk SPM, telah meletakan Negeri Sembilan di tangga ke 4 peringkat kebangsaan manakala gred purata negeri utk STPM ialah 2.68.

Tahniah juga diucapkan kepada warga Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SPM) dan Sekolah Menengah Agama Sheikh Hj Mohd Said (STPM) kerana kedua-duanya telah mendapat tempat pertama di peringkat Kebangsaan untuk keputusan peperiksaan 2014 yang lalu.
Syabas dan Terima Kasih kepada semua pelajar-pelajar , ibu bapa dan seluruh warga pendidik kerana bertungkus lumus untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam menjadi negeri ini antara kelompok terbaik dalam pendidikan di negara ini.
Salam Hormat dan Wassalam.


No comments:

Post a Comment