Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Sunday 1 February 2015

Taklimat Projek Khas Kajian Tindakan : Pelaksanaan dan Penyelesaian dalam PdP



Taklimat telah dilaksanakan pada 27 Jan 2015 Jam 2.00 petang di Bilik Mawar, PKG Tampin. Seramai 13 orang peserta selaku ketua pasukan Kajian Tindakan dari sekolah ahli telah hadir. Sebanyak 13 Tajuk telah disediakan berkisar kepada  mata pelajaran UPSR, PT3, SPM dan STPM dan pengurusan PSS.

Kajian tindakan ini akan dilaksanakan sepanjang 3 bulan yang berakhir pada 25 April 2015 dan pada bulan Mei 2015, semua peserta akan membentangkan hasil  kajian masing-masing untuk dikongsi bersama oleh sekolah ahli.

Turut hadir dalam taklimat tersebut, Pegawai Bahasa PPD Tampin. Beliau dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih dan syabas kepada PKG Tampin yang melaksanakan projek khas Kajian Tindakan ini dan PPD Tampin menyokong penuh atas usaha murni tersebut.


KERTAS KERJA



KAJIAN TINDAKAN:
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
DI SEKOLAH 2015



PROJEK KERJASAMA

Pejabat Pendidikan Daerah Tampin
Dan
Pusat Kegiatan Guru Tampin



MAKLUMAT ASAS  PROJEK

1.1   TUJUAN KAJIAN TINDAKAN 

Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki atau
meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran dan memperbaiki situasi di mana
pengajaran dijalankan dengan berbantukan bahan teknologi pendidikan berteraskan ICT dan media pendidikan masa kini..  

Semua guru adalah penyelidik kerana sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengajaran secara
langsung sebenarnya terlibat dalam proses penyelidikan tindakan melalui semua fasa iaitu
merancang, melaksana, memerhati dan mereflek. Kepentingan guru melaksanakan penyelidikan
ke atas pengajaran dan pembelajaran juga telah ditegaskan oleh Stenhouse (1984:69) iaitu: 

 ...Guru yang baik tidak perlu disuruh membuat sesuatu. Mereka tidak bergantung kepada penyelidik-penyelidik, Jemaah Nazir, pihak yang membuat inovasi atau penyelia. Guru yang baik adalah sentiasa rela menerima nasihat, bimbingan dan bantuan. Pendidik-pendidik luar bilik darjah boleh memberi khidmat nasihat tetapi hanya guru sahaja yang akhirnya diamanahkan untuk mengajar dengan baik. Oleh yang demikian, guru sepatutnya menganggap strategi-strategi dan teknik-teknik pengajaran sebagai percubaan dan eksperimen supaya mereka dapat mengkritik kemahiran-kemahiran mereka bagi mencapai peningkatan kemahiran profesionalisme. Perbuatan sedemikian membawa maksud bahawa guru patut melibatkankan diri dengan penyelidikan bilik darjah. 

Budaya penyelidikan amat perlu diterap dan diberi penekanan dalam kalangan guru di sekolah. Ia amat bertepatan dengan tugas guru sebagai pendidik yang sekali gus berperanan sebagai agen perubahaan. Sehubungan dengan itu, setiap permasalahan, kekangan atau kerumitan yang berlaku pada peringkat sekolah sewajarnya dapat diselesaikan secara  bijaksana oleh warga pendidik di sekolah. 

1.2  OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am:  

Meningkatkan pencapaian akedemik sesuatu mata pelajaran dan permasalahan dalam pengurusan Pusat Sumber sekolah dengan bantuan bahan-bahan sokongan teknologi pendidikan berteraskan ICT dan media pendidikan.

           
Objektif Khusus:

•          Guru dapat meningkatkan pencapaian akedemik dalam mata pelajaran dalam peperiksaan  STPM, SPM, PT3 dan UPSR
•          Guru akan dapat mengurusan Pusat Sumber sekolah dengan cemerlang dan meningkatkan penggunaan PSS dalam pembelajaran dan pengajaran.



1.3       KUMPULAN SASARAN

Guru Projek sekolah ahli PKG Tampin:

  1. SMK Tunku Besar Tampin
  2. SMK Tunku Syed Idrus
  3. SMK Taman Indah
  4. SMRA Repah
  5. SK Tunku Besar Tampin
  6. SK Tampin
  7. SK Keru
  8. SK Tunku Syed Syaaban
  9. SK Dr Sulaiman
  10. SJKC Chung Hua
  11. SJKC Kg Baru Tampin
  12. SJKT Tampin
  13. SJKT Ladang Repah

1.4      PROSEDUR  KAJIAN

Tinjauan Awal

Beberapa cara yang akan diguna untuk mengumpul data awal, contohnya:

i.          analisis keputusan peperiksaan STPM, SPM, PT3 dan UPSR
ii.         laporan mesyuarat
iii.        temu bual
iv.         post mortem

1.5   Fasilitator:

  1. Pegawai Bahasa PPD Tampin
  2. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tampin


1.6     CARTA GANTT

Bil.
Perkara
                                     Minggu/ Bulan



FEB



MAC



APR



1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
1
Taklimat Awal di PKG Tampin












2
Menubuhkan JK kajian












3
Menyuarat JK PSS












4
Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal












5
Menulis proposal kajian












6
Merancang tindakan












7
Menyediakan format kajian












8
Taklimat kepada guru dalam mesyuarat












9
Melaksanakan kajian












10
Mengisi maklumat












11
Refleksi kajian












12
Menulis laporan












13
Membentangkan laporan














LAMPIRAN 1


Bil
Sekolah
Tajuk
1
SMK Tunku Besar
Subjek Biologi STPM
2
SMK Tunku Syed Idrus
Subjek Sejarah SPM
3
SMK Taman Indah
Subjek Bahasa Inggeris PT3
4
SMRA Repah
Budaya kurang membaca di kalangan pelajar
5
SK Tunku Besar Tampin
Penglibatan murid dan guru dalam penggunaan Frog VLE dalam Pembelajaran dan pengajaran
6
SK Tampin
Pengunaan perpustakaan yang kurang di kalangan murid
7
SK Dr Sulaiman
Kurang minat guru dan murid menggunakan kemudahan pusat akses dalam pembelajaran dan pengajaran
8
SK Keru
Penggunaan makmal komputer dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah
9
SK Tunku Syed Syaaban
Pencapaian matapelajaran Bahasa Melayu  yang merosot dalam UPSR
10
SJKC Chung Hua
Penggunaan BBM yang kurang di kalangan guru dalam pembelajaran dan pengajaran  di bilik darjah
11
SJKC Kg Baru Tampin
Kelemahan murid menggunakan Bahasa Melayu  dalam pertuturan di sekolah
12
SJKT Tampin
Keberkesanan bulan membaca dan bahasa di sekolah
13
SJKT Ladang Repah
Memperkasakan Bahasa Inggeris dalam komunikasi di sekolah Tamil


     
Lampiran 2     
       Ketua Projek
  

Bil
Sekolah
Ketua Projek
1
SMK Tunku Besar
Puan Rajuiswari a/p Balasundram
2
SMK Tunku Syed Idrus
Encik K. Suppiah a/l Kamoo
3
SMK Taman Indah
Puan R Anne Swinitha
4
SMRA Repah
Encik Ahmad Faohiru Fitri
5
SK Tunku Besar Tampin
Puan Salwah binti Sharif
6
SK Tampin
Puan Ruzita binti Abu Bakar
7
SK Dr Sulaiman
Puan Ruziah binti Abd Samad
8
SK Keru
Encik Mohd Ghazali bin Che Man
9
SK Tunku Syed Syaaban
Puan Nor Hafizah binti Ahmad
10
SJKC Chung Hua
Puan Chang Mei Peng
11
SJKC Kg Baru Tampin
Puan Lim Yet Loo
12
SJKT Tampin
Puan Tamilsevi a/p Subramaniam
13
SJKT Ladang Repah
Puan Sri Bathmawathi a/p Krisnan

No comments:

Post a Comment