Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Tuesday 17 February 2015

PROGRAM NILAM-Ulangkaji



PROGRAM NILAM Nadi Ilmu Amalan Membaca – satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan.

Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara akumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan
Ini ialah usaha Kementerian Pelndidikan Malaysia dengan matlamat membina tabiat membaca dalam kalangan murid melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil. 13/1998 : Program membina Tabiat Membaca dan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 1/2005 : Memantapkan Budaya Membaca Di Kalangan Murid Sekolah.

Matlamat : Matlamat Program NILAM adalah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.
Objektif : 1. Menjadikan murid banyak membaca. 2. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Pelaksanaan :

1. Murid membaca dan merekod bahan bacaan.
2. Guru mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid.
3. Sekolah member pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca.

Tahap Jauhari :

 1. Semua murid wajib terlibat.
 2. Murid sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan Tahun 1 sehingga tamat Tahun 6.
 3. Murid sekolah menengah memulakan aktiviti Tahap Jauhari sebaik sahaja masuk Tingkatan 1 sehingga tamat Tingkatan 5.
 4. Semua aktiviti murid dalam program ini perlu direkodkan yang kemudiannya disahkan oleh guru sebelum memberi pengiktirafan.

Jumlah Bacaan Ganjaran Sekolah:

Gangsa (R) 90 – 179   (M) 72 – 143
Perak   (R) 180 – 269  (M) 144 – 215
Emask (R) 270 – 359   (M) 216 – 287
Nilam  (R) 360 ke atas  (M) 288 ke atas

NILAM Tahap Rakan Pembaca (RP) 1. Layak memasuki Kumpulan Tahap

RP setelah membaca 100 buah buku.

2. Perlu dibimbing oleh guru.
3. Murid berkongsi maklumat, amanah, dapat memimpin, dapat menarik minat rakan, keluarga & jiran untuk membaca.
 4. Markah diberi berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Markah Aktiviti (Rendah & Menengah)

Pengiktirafan 100 - 199 Gangsa 200 – 299 Perak 300 – 399 Emas 400 ke atas NILAM

No comments:

Post a Comment