Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Thursday 19 February 2015

PENGURUSAN PUSAT AKSES SEKOLAH


1. Pengenalan

1.1. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi kehidupan harian kita secara langsung atau tidak langsung, bidang pendidikan tidak terkecuali. Ini jelas dapat diperhatikan dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif di pelbagai peringkat pengurusan pendidikan dan juga pengajaran dan pembelajaran dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) yang telah dilaksanakan dan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) yang sedang dilaksanakan sehingga tahun 2010.

1.2. Mulai tahun 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan PuAS di sekolah secara berperingkat-peringkat. Agihan penubuhan PuAS meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 peratus adalah sekolah menengah. Setiap sekolah telah menerima peralatan 10 unit komputer desktop dan satu unit pencetak untuk ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat.

1.3. PuAS merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Proses pembelajaran di PuAS boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan PuAS pada waktu terluang dan guru bertindak sebagai pemudah cara. PuAS memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat. PuAS mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

2. Matlamat

Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
2.1 Membudayakan penggunaan ICT di sekolah.
2.2 Mengurangkan nisbah komputer dengan murid.
2.3 Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid.

3. Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
3.1 Meningkatkan kemahiran murid dalm mencapai maklumat.
3.2 Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri, dan akses        kendiri dengan lebih berkesan.
3.3 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk
pembelajaran.

4. Pengurusan Dan Pentadbiran
4.1 Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan
Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:
4.1.1 Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah.
4.1.2 Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah.
4.1.3 Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan.
4.1.4 Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.

4.2 Bidang tugas Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah:
4.2.1 Penasihat
a. Menggubal dan melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses
Sekolah di peringkat sekolah.
b. Memastikan perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti
berjalan dengan lancar.
c. Memantau pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah dari masa ke semasa.
4.2.2 Pengerusi
a. Merangka dan merancang pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah sepanjang tahun.
b. Memastikan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah dipatuhi.
c. Memastikan pelaksanaan aktiviti Pusat Akses Sekolah berjalan dengan lancar.
d. Memantau penggunaan dan keberkesanan Pusat Akses SekolaH.
e. Merancang atau mewujudkan Jawatankuasa Kerja, jika perlu bagi tujuan melaksanakan program/aktiviti yang dirancangkan.
4.2.3 Setiausaha
a. Melaksanakan dasar penggunaan Pusat Akses Sekolah di peringkat sekolah.
b. Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah secara berkala.
c. Menentukan waktu penggunaan Pusat Akses Sekolah.
d. Menyediakan jadual bertugas untuk mengawasi penggunaan Pusat Akses Sekolah.
e. Memastikan penggunaan Pusat Akses Sekolah direkodkan di buku log penggunaan dan pergerakan kunci Pusat Akses Sekolah disediakan
f. Memastikan Pusat Akses Sekolah digunakan dengan berkesan.
g. Melatih pengawas Pusat Sumber Sekolah/pengawas Pusat Akses Sekolah jika ada.
4.2.4 Penolong Setiausaha
a. Memastikan peralatan dan rangkaian sentiasa berada dalam keadaan baik.
b. Menyediakan peraturan penggunaan Pusat Akses Sekolah.
c. Memastikan keselamatan fizikal, sistem dan peralatan.
d. Menyediakan maklumat laman web atau portal pendidikan.(URL)
e. Membimbing dan melatih pengguna Pusat Akses Sekolah.

5. Susunatur dan Peralatan
5.1 Sekolah menerima 10 buah komputer, satu switch 24 port, satu pencetak
dan perabot.
5.2 Peralatan dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan
dengan talian 1BestariNet.
5.3 Perisian yang dibekalkan bersama dengan setiap komputer ini termasuk
Sistem Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan anti virus.

6. Waktu Operasi

7. Pengguna
7.1 Keutamaan diberikan kepada murid-murid .
7.2 Kemudahan turut diberikan kepada seluruh warga SK Parit Setongkat dan
PIBG sekolah.

8. Aktiviti
8.1 Mencari maklumat daripada internet untuk pembelajaran.
8.2 Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau
bahan digital yang berkaitan (e-Learning).
8.3 Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan
pembelajaran.
8.4 Berkomunikasi dengan guru dan murid melalui e-mel, facebook dan lain-lain laman sosial.
8.5 Berkolaborasi dengan murid lain.

9. Keselamatan
9.1 Pihak sekolah mengambil berat aspek-aspek keselamatan seperti
kemudahan infrastruktur , kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.
9.2 Unit ICT dan PSS bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan
sentiasa terpelihara.
9.3 Keselamatan Bekalan Elektrik
a. Bekalan elektrik 3 fasa dan boleh menampung penggunaan
perkakasan.
b. Kedudukan pendawaian dan punca kuasa elektrik memenuhi
piawaian Jabatan Kerja Raya.
9.4 Keselamatan Fizikal Dan Perkakasan
a. Saiz ruang yang sesuai
b. Lokasi strategik dan selamat
c. Alat keselamatan seperti sistem penggera, jeriji besi, alat
pemadam api, sistem peredaran udara dan perangkap kilat sentiasa diberi perhatian.
d. Peraturan dan garis panduan penggunaan disediakan dan
dipaparkan di dalam Pusat Akses.
e. Pengawasan dan laporan keselamatan dilakukan secara berkala.
f. Kawal selia kemudahan fizikal dan perkakasan dilaksanakan
secara berkala.
g. Buku log disediakan untuk merekod penggunaan Pusat Akses .

9.5 Keselamatan Sistem Rangkaian
a. Susunatur mengikut spesifikasi dan piawaian pengkabelan KPM.
b. Semua komputer dirangkaikan dan boleh mengakses internet c. Aras kebenaran pengguna dihadkan untuk mengelakkan daripada
membuat pengubahsuaian konfigurasi komputer.

9.6 Keselamatan Perisian dan Aplikasi
a. Perisian anti-virus yang terkini.
b. Menggunakan perisian yang berlesen.
c. manual instalasi mudah diperolehi.
9.7 Keselamatan Mengakses Internet
a. Mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1

Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld. 3 (9) – Garis Panduan mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan

(http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm)

9.8 Keselamatan Penyimpanan Bahan
a. Pengguna tidak dibenarkan menyimpan sebarang bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses.
b. Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa di tahap optimum dan stabil.

10. Pengurusan Penyenggaraan
10.1Dalam tempoh jaminan
a. Jangkamasa jaminan, terma dan syarat jaminan seperti di dalam perjanjian.
b. Merekod dan melaporkan masalah kerosakan kepada pembekal peralatan ICT yang berkenaan.
10.2 Tamat tempoh jaminan (tertakluk kepada pindaan atau arahan semasa)
a. Penyelenggaraan akan diuruskan di bawah kontrak berpusat KPM.
b. Sebarang kerosakan direkod dan dilaporkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri NS dan Pejabat Pelajaran Daerah.

No comments:

Post a Comment