Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Monday 4 May 2015

BENGKEL KERJA PENGHASILAN BAHAN ASET DIGITAL DAN OBJEK PEMBELAJARAN PERINGKAT PKG DAERAH TAMPIN FASA 1/ 2015

Tarikh     : 5-7 Mei 2015
Masa       : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat   : Bilik Mawar, PKG tampin
Peserta    : 12 orang Guru Sains Tingkatan 1 Sekolah Menengah Daerah Tampin










Wednesday 29 April 2015

BENGKEL PENGURUSAN RANGKAIAN DAN KHIDMAT BANTU PUSAT AKSES SK TUNKU BESAR TAMPIN

Tarikh: 28 dan 29 April 2015
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Pusat Akses SK Tunku Besar Tampin
Peserta: 20 orang JTK PKG dan sekolah Daerah Tampin

Tuesday 28 April 2015

BENGKEL KERJA PENGHASILAN ASET DIGITAL DAN LO VLE 1BESTARINET PKG DAERAH TAMPIN

Tarikh          : 28-30 April 2015
Masa            : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat         : PKG Gemas
Peserta          : Guru Tahun 4 Pendidikan Moral Sekolah SJKC dan SJKT daerah Tampin ( 15 Orang )
Fasilitator     : En. Abdul Karim bin Muhammad PTP PKG Gemas
Urus setia      : En. Shamsudin bin Yusuf PTP PKG Tampin
Matapelajaran             :  Pendidikan Moral Tahun 4



















Thursday 23 April 2015

MESYUARAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA PKG TAMPIN BIL.2/2015

TARIKH       : 24 APRIL 2015
MASA           : 8.45 PAGI
TEMPAT      : BILIK MAWAR, PKG TAMPIN
PENGERUSI      : EN. SHAMSUDIN BIN YUSUF, PTP PKG TAMPIN
PESERTA           : SEMUA GPM SEKOLAH AHLI PKG TAMPIN




Monday 20 April 2015

PELANCARAN PROGRAM MEMBACA KM1M TAHUN 2015 DAERAH TAMPIN

TARIKH                :  21 APRIL 2015
MASA                   :  8.45 PAGI
TEMPAT               : DEWAN SK TUNKU SYED SYAABAN, TEBONG, TAMPIN
PELANCARAN     :  ENCIK MUHAMMAD AZMAN BIN YEOP ALI,                                                                                                  PENOLONG  PPD BAHASA ( PPD TAMPIN )
ANJURAN            :  SK TUNKU SYED SYAABAN, PKG DAERAH TAMPIN DAN JK                                                                        GERAKAN MEMBACA (KPM) DAERAH TAMPIN


















Friday 17 April 2015

BENGKEL PEMURNIAN KAJIAN TINDAKAN PKG TAMPIN BIL.2

Tarikh      : 17 April 2015
Masa        : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat     : Bilik Mawar PKG Tampin
Peserta      : 13 orang guru projek
Fasilatator : Puan Khazimah binti Mahmud,  GPK Ko-Kurikulum SK Keru











Tuesday 14 April 2015

SALAM TAKZIAH

Salam takziah kepada Puan Rozita bt Abu Bakar GPM SK Tampin atas pemergian ayahanda ke Rahmatullah pada 13 Mei 2015 dan En. Amri JTK PKG Tampin atas pemergian ibunda tercinda pada  13 April 2015. Alfatihah

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN ASET DIGITAL DAN LO PKG DAERAH TAMPIN

Tajuk                :  Bengkel Penghasilan Aset Digital dan LO PKG Daerah Tampin Fasa 1
Tarikh               : 14 hingga 16 April 2015
Masa                 : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat              : PKG Gemencheh
Peserta               : 24 orang Guru Agama Islam Tahun 4 sekolah kebangsaan daerah Tampin






Sunday 12 April 2015

BENGKEL PENERBITAN MENU NILAM DALAM PdP ABAD KE 21

TARIKH                  : 10 APRIL 2015
MASA                      : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT                 : PKG TAMPIN
OBJEKTIF               : PKG TAMPIN DAPAT MENERBITKAN 1 MENU NILAM DALAM PdP                                         ABAD KE-21 UNTUK DIGUNAKAN SEBAGAI PANDUAN                                                             MELAKSANAKAN PROGRAM NILAM DI SEKOLAH

Peserta bengkel penerbitan Menu NILAM PKG Tampin

Saturday 4 April 2015

Wednesday 25 March 2015

TAZKIRAH: SEJARAH HAJAR ASWAD DAN RAHSIA BESAR KETIKA MENCIUMNYA


Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Kaabah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.


Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Asal Usul

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Kaabah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”


Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium .

Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “ dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”


Duhulunya batu itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orangyang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.


Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:

“Nikmatilah (peganglah) ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Kaabah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.

Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar di sebalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”
(QS. An-Najm : 53)


Tuesday 24 March 2015

PROMOSI PERPUSTAKAAN PKG TAMPIN

1. Bahan-bahan rujukan
2. Buku untuk  pinjaman
3. Komputer untuk melayari internet
4. Ruang bacaan yang selesa dan berhawa dingin
5.Waktu beroperasi: Isnin Hingga Khamis : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
                              Jumaat                     : Tutup





MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL KERJA PEMBINAAN BAHAN LO DAN ASET DIGITAL PKG DAERAH TAMPIN

Tarikh    : 24 Mac 2015
Masa     : 2.30 petang
Tempat  : Bilik Mawar PKG tampin
Pengerusi: Encik Shamsudin bin Yusuf PTP PKG Tampin/
                Encik Abdul Karim bin Mohammad PTP PKG Gemas
Peserta : 9 orang guru Sains/ Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral











Monday 23 March 2015

SYARAT PEMILIHAN TOKOH NILAM




1. Jumlah bacaan buku

A) SEKOLAH RENDAH : 366 DAN LEBIH
B) SEKOLAH MENENGAH : 288 DAN LEBIH

2. Calon yang menguasai lebih daripada satu bahasa mempunyai kelebihan.


3. Calon berkemahiran bertutur/berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


4. Calon dapat menulis esei spontan dalam kedua-dua bahasa utama. Kategori Sekolah Menengah 150 patah perkataan manakala kategori Sekolah Rendah 100 patah perkataan.


5. Calon berkeupayaan untuk mengulas senaskhah buku, sama ada karya besar (karya Sasterawan Negara) atau karya agung (Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dsb.).


6. Calon dapat memberikan respons tentang isu-isu semasa, berpengetahuan luas dan mampu membuat persembahan ringkas dalam sesi temu duga.

7. Calon mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan (akademik) sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam, yakni UPSR dan PMR serta terserlah dalam bidang kokurikulum dan kesahsiahan diri.

8. Calon mestilah seorang ahli kelab Rakan Pembaca



Bengkel Kerja Aplikasi MBMMBI Dengan Pendekatan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)

Pada 23 dan 25 Mac 2015, jam 2.00 petang bertempat di PKG Gemencheh  telah berlangsungnya Bengkel Kerja Aplikasi MBMMBI dengan Pendekatan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).
Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan memberi pencerahan tentang tatacara pengurusan dan penggunaan bahan MBMMBI mengikut prosedur yang betul serta memperkasa penggunaan Bahan MBMMBI dalam PdP dengan pendekatan ZPD.
Bengkel ini telah dihadiri oleh seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris Sekolah Ahli Pusat Kegiatan GuruTampin, Gemencheh dan Gemas. Encik Karim bin Mohamad selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gemas bertindak sebagai fasilitator dalam bengkel tersebut dan dibantu oleh PTP PKG Tampin.
Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini sekolah dapat meningkatkan tahap pengguasaan penggunaan dan pengaplikasian bahan MBMMBI dalam PdP.















Thursday 19 March 2015

MESYUARAT PENGURUSAN PKG TAMPIN BIL.2/2015

Tarikh    : 19 Mac 2015
Masa     : 2.30 Petang
Tempat  : Bilik Pentadbiran PKG Tampin
Pengerusi  : PTP PKG Tampin